Thursday, February 13, 2014

Berfikir

Aku tak pernah berhenti untuk berfikir. Berhenti berfikir bila aku tidur je, dan bende ni juga buat kitaran waktu tidur aku tak betul. Dan sometime kawan2 fikir aku freakie. Aku rasa mereka juga betul, tapi aku takde lah nak kacau kehidupan orang lain. Aku cuma jadi diri aku, salah ke?
Dan waktu-waktu macam ini, waktu yang penuh dengan masalah buat aku sedikit jauh dgn kawan-kawan. Aku cuma mahu sedikit ruang untuk aku berfikir dan buat keputusan yang betul. Keputusan yang buat semua orang gembira. Win win situation. Aku belum bersedia untuk lukakan hati siapa-siapa, even manusia yang aku tak kenal.
Susah, aku tau memang susah. Aku perlu buat keputusan yang banyak kebarangkalian. Maksud aku risiko yang perlu aku ambil. Tapi aku belum jumpa keputusan yang punya kesan minimum. Kesan yang buat manusia lain tidak sedar akan keputusan itu.
Aku masih berfikir dan aku takkan pernah berhenti...

Tuesday, January 28, 2014

Janji

Aku buka lembaran hari ini dengan hati yang bersih.
Mahu pelajari apa yang telah berlaku.
Mahu berjanji tak akan ulanginya lagi.
Dan kalau boleh,
Mahu kotakan apa yang dijanji hari ini.
Berjaya atau tidak aku belum tahu.
Kan aku kata aku cuma berjanji?
Tapi aku harap kau sudi membantu.
Sama-sama agungkan cinta suci ini.

Tuesday, January 14, 2014

Dugaan

Ya Allah, dugaan apakah ini, terasa mahu berputus asa dengan bebanan ini. Terasa mahu lari tapi itu bukan penyelesaian. Aku dah tak kuat untuk semua ni. Ya Allah berilah aku kekuatan dalam menempuhi titi kehidupan ini. 

Tuesday, September 24, 2013

PATAH

Bernafas dalam ego, tidur dalam keresahan, sedar dan kekeliruan. Hmmm

Just like my old man says, cinta yang agung adalah cinta yang gagal. Terbukti depan mata. Selamat tinggal.

Tuesday, July 30, 2013

Motivation.

If you feel ignorant and stupid, then find a way to learn. Don't curse those who are calling you ignorant and stupid. Find way to prove them wrong. That is satisfaction. Much more satisfying than curse them all the way hell and back.

Friday, July 26, 2013

kawan.

Siang tadi balik dari keje settle kan hal moto kat bengkel, tengah jalan depan bank terserempak kawan lama, minah bitchy yang aku dah lupa nama dia apa.

tegur aku macam biasa dia selalu buat, gedik dan sikit annoy juga dalam konteks skema, tapi pada aku itu bende biasa, perempuan kan..

"dude, its been a long time didnt see you, you buat apa sekarang?" minah ni mula mukadimah.

"tengah berdiri depan you" aku jawab sedikit sarkastik.

"you memang tak berubah kan, melawak je." dia faham lawak aku.

"hahaha, babe, lelaki macam I ni berubah sebab dua 'W' je, wanita dan wang, dan you tahu kan I memang susah nak puas dengan dua2 bende tu" jawapan yang agak deep juga aku rasa.

"you ni banyak baca novel sangat sampai susah nak beza fantasi dan realiti you" dia dah mula judge life aku, okay.

"yang you ni pulak buat apa kat sini, bukan you dah keje kat KL ke?" malas nak layan, aku terus ubah topik.

"owh, I ada keje sikit kat Melaka ni, nak jumpa klien. you baru balik keje ke ni, serabut je rambut tu I tengok." dia start judge fizikal aku pulak.hmmm

"babe, dont trust a guy with a good haircut." aku cuba pertahan idealism aku.

"what?" dia angkat kening double jerk tanda tak faham.

"yeah, only 2 reasons that people like me have a good haircut."

"reasons?" makin keliru.

"yeah, kalau bukan bisnes MLM mesti buaya" aku dah tahan gelak dalam tekak.

"you ni, tak habis dengan falsafah you tu, bende tu yang buat I suka kat you." dia gelak gedik dengan muka sedikit blushing.

"okay babe, I nak pegi bazar ni, kang berbuka air kosong dengan kurma je." aku cari jalan keluar dari drama ni.

"okay, next time turun KL roger I, lepak tempat biasa." ajak2 ayam yang sedikit serius.

"okay." taktik aku berjaya.

dan sampai sekarang aku masih tak ingat nama minah ni. aku harap dia dapat lupa muke aku, bukan sebab aku sombong, tapi aku nak elak minah macam ni bila aku dengan perempuan lain, perempuan yang aku harap dapat jadi yang halal pada aku. ehh, boleh ke gitu.


Monday, July 22, 2013

selfish

aku balik kerja dalam keadaan keletihan fizikal dan mental. aku tak tahu sejak bila dan sampai bila aku macam ni. usia? yeah, maybe sebab usia. balik rumah, berbuka dan teringat ma, nak call tapi taknak ma terbeban. aku rindu masa lalu, aku rindu kawan-kawan dan yeah aku rindu semua makwe lama aku. ironi sebab semua aku tinggalkan tanpa toleh sebelum ni. aku cuma jadi diri sendiri dan kenapa baru sekarang aku rindu. fuck, aku benci perasaan ni. aku memang asshole sometimes tapi aku perlu kawan-kawan sekarang ni. mungkin aku patut dengar cakap ma, cari makwe untuk isi kekosongan. tapi perlu ke?