Wednesday, June 8, 2011
letihnya melayu di tanah sendiri
Melayu tidak letih dan lesu jadi askar, jadi polis. Sebab mahu melawan musuh negara. Supaya rakyat kekal aman dan makmur. Tapi tetap dituduh juga berat sebelah, penuh korupsi oleh orang bukan Melayu. Dan mula pula letih bila dicemuh bangsa sendiri.
Melayu lupa dan tidak sedar dilaga-lagakan, dan terus diperkudakan oleh mereka yang mabukkan kuasa. Atau jadi askar pajak yang boleh dicaturkan sewenang-wenangnya.
Melayu sanggup berkorban, tapi akhirnya jadi korban. Korban kebodohan sendiri.
Melayu yang mahu suarakan hak, dipijak, dicemuh, dikeji. Dan satu persatu hak Melayu tertanggal, satu tak tinggal.
Malang sungguh jadi Melayu di tanah sendiri.
Saturday, June 4, 2011
sketsa kedai 'makan hati'
Tengok menu mau order air.
Nama air semua sedap-sedap, Aku punya kesukaan air Mis You.
Ha Mis You?
Tak jadi la, tukar la I Love U.
Arhh lagi tak boleh.
Air tu semua sedap-sedap tapi sayang dia tak sesuai untuk aku.
Kalau aku minum aku malu sendiri.
"Bagi Poison lah". Itu lebih layak dengan aku.
Lelaki Bahgia Bila....
1 . Bila mana dia berjaya dapat add YMI wanita yang dia minat itu.
2 . Bila Wanita tu balas "hai" yang dia "hai" sebelumnya.
3 . Bila Wanita tu bagi tanda-tanda "ajaklah saya keluar"
5 . Bila Wanita yang diajaknya keluar itu kata "ok".
6 . Bila wanita yang diminatnya itu beritahu dia "saya single lagi la, apa awak ni"
7 . Bila wanita yang diminatnya kata "saya terima awak seadanya"
8 . Bila berjaya memujuk wanita itu tadi dari berhenti menangis kerana masalah yang dihadapinya. Tambah bahagia bila wanita itu merebahkan bahunya kesisi dada kiri.
9 . Bila berjaya setelah bersusah payah untuk mendapatkan apa yang dihajati oleh wanita itu.
10 . Bila berjaya akhirnya melepaskan diri dari wanita yang pernah dia minat suatu ketika dulu.
hidup satu kitaran...keh keh keh
selamat pulang JIWA
semangat menulis gua dah kembali,nantikan entri-manis dari gua...
keh keh keh
aku sesat aku OK
aku tahu,kehidupan aku sedikit sesat dari kebiasaan hidup insan marhein.
tapi aku suka kehidupan aku yang sedikit sesat ini.weird kan...
kerna tanpa sesat,aku tidak akan menjumpai jalan yang baru.
pada aku,sesat adalah satu 'enlightenment'.
bila aku sesat,baru aku akan menyuluh jalan baru,
kalau tidak aku akan sentiasa lalai
dan selesa dengan kehidupan
mengulang rutin
memikirkan
segala yang aku buat itu betul...
THE END [has no end]
-sufyan-