Tuesday, September 24, 2013

PATAH

Bernafas dalam ego, tidur dalam keresahan, sedar dan kekeliruan. Hmmm

Just like my old man says, cinta yang agung adalah cinta yang gagal. Terbukti depan mata. Selamat tinggal.

Tuesday, July 30, 2013

Motivation.

If you feel ignorant and stupid, then find a way to learn. Don't curse those who are calling you ignorant and stupid. Find way to prove them wrong. That is satisfaction. Much more satisfying than curse them all the way hell and back.

Friday, July 26, 2013

kawan.

Siang tadi balik dari keje settle kan hal moto kat bengkel, tengah jalan depan bank terserempak kawan lama, minah bitchy yang aku dah lupa nama dia apa.

tegur aku macam biasa dia selalu buat, gedik dan sikit annoy juga dalam konteks skema, tapi pada aku itu bende biasa, perempuan kan..

"dude, its been a long time didnt see you, you buat apa sekarang?" minah ni mula mukadimah.

"tengah berdiri depan you" aku jawab sedikit sarkastik.

"you memang tak berubah kan, melawak je." dia faham lawak aku.

"hahaha, babe, lelaki macam I ni berubah sebab dua 'W' je, wanita dan wang, dan you tahu kan I memang susah nak puas dengan dua2 bende tu" jawapan yang agak deep juga aku rasa.

"you ni banyak baca novel sangat sampai susah nak beza fantasi dan realiti you" dia dah mula judge life aku, okay.

"yang you ni pulak buat apa kat sini, bukan you dah keje kat KL ke?" malas nak layan, aku terus ubah topik.

"owh, I ada keje sikit kat Melaka ni, nak jumpa klien. you baru balik keje ke ni, serabut je rambut tu I tengok." dia start judge fizikal aku pulak.hmmm

"babe, dont trust a guy with a good haircut." aku cuba pertahan idealism aku.

"what?" dia angkat kening double jerk tanda tak faham.

"yeah, only 2 reasons that people like me have a good haircut."

"reasons?" makin keliru.

"yeah, kalau bukan bisnes MLM mesti buaya" aku dah tahan gelak dalam tekak.

"you ni, tak habis dengan falsafah you tu, bende tu yang buat I suka kat you." dia gelak gedik dengan muka sedikit blushing.

"okay babe, I nak pegi bazar ni, kang berbuka air kosong dengan kurma je." aku cari jalan keluar dari drama ni.

"okay, next time turun KL roger I, lepak tempat biasa." ajak2 ayam yang sedikit serius.

"okay." taktik aku berjaya.

dan sampai sekarang aku masih tak ingat nama minah ni. aku harap dia dapat lupa muke aku, bukan sebab aku sombong, tapi aku nak elak minah macam ni bila aku dengan perempuan lain, perempuan yang aku harap dapat jadi yang halal pada aku. ehh, boleh ke gitu.


Monday, July 22, 2013

selfish

aku balik kerja dalam keadaan keletihan fizikal dan mental. aku tak tahu sejak bila dan sampai bila aku macam ni. usia? yeah, maybe sebab usia. balik rumah, berbuka dan teringat ma, nak call tapi taknak ma terbeban. aku rindu masa lalu, aku rindu kawan-kawan dan yeah aku rindu semua makwe lama aku. ironi sebab semua aku tinggalkan tanpa toleh sebelum ni. aku cuma jadi diri sendiri dan kenapa baru sekarang aku rindu. fuck, aku benci perasaan ni. aku memang asshole sometimes tapi aku perlu kawan-kawan sekarang ni. mungkin aku patut dengar cakap ma, cari makwe untuk isi kekosongan. tapi perlu ke?

Sunday, June 23, 2013

burung

lama tak menulis di sini sebab kembali aktif di twitter, macam burung juga, suka berbunyi riang, sedap tapi kosong tak bermakna...kah kah kah

Thursday, May 9, 2013

gelap

aku tak tahu apa yang aku cari, semuanya kurang jelas. aku perlu kembali ke titik asal aku, supaya makin jelas, supaya aku sedar siapa aku. aku sudah jauh dari objektif asal, jauh dari diri aku yang sebenar. aku perlu lebih bersederhana. ya, bersederhana. kerna itu yang aku perlu sekarang ini, bukan alkohol dan narkoba untuk buat aku sedar.

Wednesday, April 24, 2013

geram jee

kau pernah rasa tension macam nak bertumbuk tak? aku baru rasa perasaan tu tadi, dah banyak kali aku rasa tapi kali ni lain sikit, memang tak leh tahan. binatang betul lah..fak!!

okeh, aku mmg teliti dlm bab keje ni, sbb tu manager aku bagi aku kepercayaan tuk jaga budak2 yang buat PM ni, babi apa kau tak nak dgr cakap aku even kau tua dari aku. kau nak aku respect kau tapi kau sikit pun tak respect aku, agak-agak la kalau nak kencing aku pun. dah lama aku perati, keje asyik nak pass over je, bila aku tanya kau cakap kau dah buat macam-macam sampai kau dah tak tahu nak buat apa. sekali aku tengok kau sentuh pun tak. geram jee, rasa nak punch je muka tu..grrrr

mmg betul lah, keje dengan manusia ni mmg buat aku mental, depan aku kau cakap lain, belakang aku kau macam celaka. tak fikir ke, anak dah masuk 3 org tapi kau masih buat keje macam tu, kesian tau kat anak bini, makan duit gaji tak berkat, esok anak kau perangai serupa setan. kamon la, aku dah tegur banyak kali, marah pun aku mcm dah tak lalu lagi dah. aku tak kisah pun break time kau brapa lama but keje tu buat la betul2, ssh sgt ke keje dengan ikhlas ni.

bende-bende macam ni lah buat aku rasa down giler, rasa macam nak resign je, binatang betul la.fak!

Monday, April 22, 2013

bayang

hyee...

korg pernah tengok filem Fight Club? best kan crita tu, aku tengok banyak kali dan still rasa crita tu best giler. bukan nak crita pasal filem tu, tapi aku nak crita pasal novel Bayang by Nami, tak kenal Nami tu sape? okeh, kau kodi.. kah kah kah
seriously, buku ni banyak pengaruh dari filem Fight Club lakonan Brad Pitt tuh, kira ni versi melayu la dengan background crita melayu kampung dan pembangunan baru bandar Kuala Lumpur. Crita yang aku rasa aku boleh imagine sebab aku pun lahir zaman2 tu juga, tapi part Liverpool tu aku tak berapa minat sebenarnya sebab aku ni Spurs fan.. kah kah kah
okeylah, aku rasa rugi pulak kalau aku tak promo novel ni ke kawan2 aku.hehe
p/s: kalau korg tak penah tgk Fight Club korg memang kodi...keh keh keh

Tuesday, April 16, 2013

euro trip.

rasa macam nak ubah kehidupan, mahu teruskan rancangan yang dah lama tertunggak. tak sangka yang aku dah keje 3 tahun dan selama itulah semua plan aku postpone. shit!
aku tahu, aku kene resign baru aku ada masa nak travel europe macam plan aku dulu, tapi tu lah, banyak sgt masalah yang buat aku rasa fuck up sgt smp aku just boleh travel around asean je, come on.
okeh, aku sedikit temper bila sembang pasal bende ni, sebab ni adalah antara bende yang aku perlu aku buat, impian terbesar aku.
sebelum aku makin temper, ada baiknya aku masuk tidur. sigh~

Sunday, April 14, 2013

scene keje?

minggu yang sangat sadis dan penuh tragik. tah la, rasa macam tension gile keje, dah tak boleh tahan smp tiap hari call ma dan wassap akak sufie sebab nak quit keje. sigh~

nasib baik ma ada, bagi sikit semangat untuk terus hidup, kalau nak ikut darah muda remaja memang aku resign je, tak nak keje nak duk umah abis kan harta bapak aku. kah kah kah

Thursday, April 4, 2013

rindu

rindu kawan-kawan dan zaman pra-matured hidup tanpa masalah..sigh~



Tuesday, April 2, 2013

cempion liga juara-juara TI.

malas nak ulas, layan gambar je lah yee...







Tuesday, March 26, 2013

insomnia 2

"The more you think deeper, the more you get."

okeh, ini mungkin salah satu punca kenapa aku susah nak tidur, insomnia. Perit tau tak, memang susah gila nak tidur. Yeah, aku memang seorang pemikir atau penganalisis yang baik, sampaikan bila aku nak tidur, benda2 yang jadi siang hari aku akan fikir kan balik. Bukan tu je, kadang2 benda random pun boleh buat aku terfikir sampai 4 ke 5 jam. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh

Wednesday, March 20, 2013

Drama Swasta dan Kehidupan Sebenar

assalamualaikum...

nak cerita sikit pasal sketsa drama swasta ni. aku pelik, semenjak kebelakangan ni kenapa banyak sangat drama yang berkisarkan tentang cinta. semua sama plak tu, sepesen dengan happy ending. the couple was happily ever after....

yang aku paling tak puas hati, dalam semua cerita tak ada langsung cerita pasal seksa nye cinta ni sebenarnya, semua nak happy je. so, jgn salahkan budak-budak sekolah yang baru form 1 dah pandai pasal cinta, kita salahkan masyarakat je semua ni. kah kah lah

aku bukan apa, cerita macam ni sebenarnya macam bagi harapan kat penonton yang bercinta ni seronok je, tak de langsung tunjuk bende negatif. memang cinta tu indah je ke?

ni real life okay, housemate aku baru je putus tunang, so efek sikit la ngan life aku. sebagai housemate yang baik (ehem!) macam aku ni, aku ajak la dia hang out, release tension dengan kawan-kawan, shopping, sampai aku paksa dia jual BB torch dia dan beli iphone5. power tak aku.kah kah kah

aku sebenarnya nak dia move on, lupa semua pasal seksanya putus cinta ni. aku takut juga, sebab aku tak nak housemate aku ni cuba benda-benda negatif macam ambil dadah dan alkohol contohnya. aku tak nak dia rasa yang cinta pada wanita ni menyusahkan, sampai nak tukar gender lah kan. takut juga aku, tak pasal-pasal karang aku jadi mangsa...kah kah kah

syukurlah juga, hasil keprihatinan aku dan segala nasihat aku berjaya. housemate aku dah jumpa gadis lain. sampai lepak ngan kawan-kawan iphone pun tak lepas dari tangan, nak wassap makwe manjang. sampai aku bahan dia balik. "dude, youre move on too fast just like a Pavi bimbo." kah kah kah

Tuesday, March 12, 2013

malaywood

okey,
cuma sedikit review pasal koleksi cerpen, Selamat Datang ke Malaywood by Roslan Jomel, antara penulis terkenal Malaysia.
cerita pasal buku ni, memang susah sikit nak hadam sebab konteks yang sangat fiction and mindblow, perlu fokus yang tinggi.
buku ni memang best la, banyak cerita yang fiction tapi sebenarnya adalah cerita sebenar yang digubah untuk nampak unreal pada pembaca, bagi manusia yang ber IQ tinggi macam aku ni memang senang nak faham la. kah kah kah
okaylah, aku dah nak tido. esok aku ada hal dengan kerajaan Malaysia. aku perlu tido yang cukup dan kesabaran yang tinggi untuk berdepan dengan penjawat awam, paham sendiri lah maksud aku tu. keh keh keh

Wednesday, March 6, 2013

power

kah kah kah
power betul aku zaman ni, lari 100m tak sampai 17 socond, top speed bak ang. tapi ni cerita lama lah, masa sem 1 kat utem, baru habis sekolah sebab kat sekolah dulu aku main rugby dan still fit and tough. tak macam sekarang ni, berat sikit..kah kah kah

rindu betul dengan budak-budak kelas aku ni, perasaan seronok masa ni memang paling 'emmpphhh' la. speechless. walaupun masa ni ktorg paling junior, tapi ktorg boleh beat abg-abg senior dan dapat naib juara. powerr betul ktorg ni..keh keh keh

Saturday, March 2, 2013

insomnia...

perghhh...
insomnia aku makin teruk ni, balik sesi lepak mapley kul 2am lebih tadi aku memang dah tak leh lelap, layan kan novel nami ni buat mata aku macam ada tiang, tak nak tutup. celaka apakah ini.
empat jam je aku dah khatamkan novel Awek Chuck Taylor yang ada 300 page.

arghhh, tensi juga baca novel mamat ni, aku kene review balik knowledge punk rebel yang aku amal selama ni, deep gila ayat dia..kah kah kah

tapi bab cinta ntah berapa segi dalam novel ni sweet juga, sampai aku boleh feel watak Hafis ni, damn ini memang tak boleh blah...kekeke

nasib baik aku layan mp3 Billy Talent, dapat juga aku kekal kan emosi punk aku, kalau tak mau aku hanyut dengan teori cinta Terfaktab dia.. keh keh keh

friday nite...

heyyyyyy
malam yang sangat hype, bukan lepak club, bukan lepak tepi jalan gaya rempit, bukan lepak dalam kereta nasional yang di modify indah di mata sendiri, cuma lepak mapley dengan kawan-kawan layan game best...kah kah kah



Wednesday, February 27, 2013

kehidupan

assalamualaikum....

siang tadi aku keluar lunch dengan kakak angkat aku, kebetulan dia datang melaka, ada kursus katanya, aku malas nak tanya dan tak nak amik tahu pun..boring hal hal kerajaan ni..

kitorang lunch kat mana tah tadi, aku pun tak penah tahu ada kewujudan restoran tu kat melaka ni, bukan bende penting pun pada aku. akak aku mula lah cerita kehidupan dia yang sibuk sikit ngan hal keje dia dengan bisnes sikit sikit, nampak gaya memang sibuk sgt la.

then, akak aku tanya la hal kehidupan aku pulak, aku just cerita yang hidup aku macam dulu juga, tak banyak berubah, macam aku juga yang dia kenal dulu..hmmm

akak aku tak puas ngan jawapan aku, kebiasaan melayu kan, mmg suka nak judge orang, aku tak salahkan dia sikit pun sebab mmg dia melayu, tapi aku mmg tak kisah, hak dia nak judge aku, dan aku tau siapa aku. okeh, aku malas nak argue bende macam ni, lagi lagi dengan perempuan, mengalah je la dengan gelak sikit sikit.

bila habis akak aku judge, masa aku lak untuk defend diri aku."akak, hidup syam ni simple je, malas nak fikir sgt macam algebra nak cari X dia tapi ada orang ketiga macam Y, dah rupa sinetron, hidup simple syam ni dah macam nombor binary, ada 1 dan 0 je, antara yes dan no. syam isi mana yang kosong, kurangkan mana yang penuh, bersederhana sebab nak merasa puas ni kena ada bende yang kita perlu korban, masa dan duit contohnya. syam malas la nak fikir tu semua." power juga ulasan aku ni..kah kah kah

habis makan, akak aku hantar aku balik umah. aku dapat rasa yang akak aku tak puas hati dengan jawapan yang aku bagi, tah apa lagi yang dia nak tahu. rumit betul pemikiran orang perempuan ni..sigh~

Tuesday, February 12, 2013

yeahhhh

yeayyy, dah update ios terlatest dan app bloger kembali bernyawa, boleh post pics balik...hew hew hew

Wednesday, January 23, 2013

drama cinta islamik

Assalamualaikum....
okeh, aku cuma nak komen sikit hal drama melayu ni, bukan minat sgt pun, tapi sebab dah keluar kat tv,layan je la kan, aku bayar astro tiap bulan, aku punya pasal la..kah kah kah

balik keje tadi aku terlayan drama melayu cinta islamik kat prima, tajuk pun dah nama islamik sebab nama gurun kat timur tengah. citer dia aku rasa okey la tapi kan part yang aku tak suke nye citer ni lebih cinta dari agama, nampak macam agama ni dah jadi bende nombor dua.

aku bukan lah nak kata bende ni tak bagus,tapi kita boleh buat lebih baik. okeh, macam ni, kita semua punya cerita islamik ni semua se'pattern' je kan, start pada sang pakwe liar yang jumpa makwe alim dan kemudian sang pakwe jatuh cinta, plot klimaks bila makwe alim dah ditentukan jodoh dgn pakwe alim yang lain dan pakwe liar yang dah transform jadi alim tadi trus kejar cinta makwe alim. nampak tak, kuasa cinta bak hang..kah kah kah

korang penah baca novel A. Fuadi, mamat ni punye pawer buat novel islamik sampai jadi trilogi tahu, memang real dia punye feel sampai aku dah khatam sampai berapa kali tah. mamat ni tambah pawerb bila novel dia di filemkan, nampak tak pawer dia. citer dia memang pawer sebab cinta pada dia meluas, cinta pada tuhan, pada keluarga yang miskin di kampung, cinta pada penulisan dan kewartawanan, cinta pada kawan-kawan, dan cinta utama hanya pada agama nya. ini baru real punya cinta, cinta yang kekal abadi.

okeh,aku dah jauh sgt lari dari tajuk, tapi seriyes, negeri lima menara by A. Fuadi memang pawer, pawer dia boleh jadi ubat penawar luka putus cinta kau tahu...kah kah kah

Monday, January 21, 2013

summary

okeh,kesimpulan mingguan...
aku gagal untuk menjadi 'mat senyum' sebab rasa sangat awkward bila senyum pada strangers. sekian, dan misi berakhir dengan kegagalan...hmmmm

Monday, January 14, 2013

senyum di sebalik topeng

okeh, minggu ni gua nak banyakkan senyum even pada strangers and gadis-gadis, gua cuba buang rasa malu yang kadang-kadang orang lain lihat pada sudut kesombongan saja.

Deal, so please jgn kata gua gila pulak okeh, gua cuma melawan graviti norma kehidupan normal gua, cuba untuk jadi orang lain dalam erti kata lain, hipokrit.

okeh, gua cuba untuk minggu ini saja...kah kah kah

Sunday, January 13, 2013

empty decoration

assalamualaikum wbt
saje nak share lagu febret,
lagu yang gua dengar sejak zaman layan sitkom kopitiam,
lagu yang teman gua masa gua deep down gile,
lagu yang teman gua bila rasa lonely gile,
lagu yang wajib ada di setiap gadget gua,
lagu yang gua layan dah hampir bertahun tahun punya tahun,
lagu yang buat adrenaline dan emosi gua stabil,
lagu yang punya sentimental meaning pada gua,
lagu yang buat gua kadang-kadang jadi manusia(LOL),
lagu yang buat gua tenang dan cool down bila gua tengah angerrr,
lagu yang beshhh la senang citer....kah kah kah


 

p/s:lagu ni ada di setiap novel Hlovate, kalau baca lah kan..

Friday, January 11, 2013

perhimpunan

gua harap masa perhimpunan rakyat nanti ada acara nyanyi lagu negaraku dan bacaan ikrar, baru real macam zaman sekolah. gua rindu zaman sekolah sebenarnya, walaupun gua jarang turun perhimpunan sebab sibok jaga asrama, biro keselamatan lah katakan...kah kah kah

Wednesday, January 9, 2013

seharian...

ini semalam punya cerita, semalam yang letih.. gua dah plan nak hang out dengan makcik ni, tapi dia lepak ngan kawan dia pulak, so gua terus culik dan bawa dia lari...kah kah kah
niat gua ajak makcik ni keluar memang murni, sebab gua nak bagi telekung yang gua beli masa kat Bandung hari tu, kira murni lah kan..huhu
punya lah letih melayan makcik ni shopping, sampai habis semua mall kat BB tu kitorang masuk, dari Lot10 ke Farenhait dan ending kat Pavi,memang pergh la dia punya selera..makcik oh makcik
gua teman je,tapi gua sempat juga rembat 2 biji buku, Awek Chuck Taylor ngan Amerika. Awek chuck taylor ni gua dah beli dulu, tak habis baca lagi buku tu dah ilang, ntah menyorok kat belah mana tah..hehe

p/s: oh yee, ada sorg cik akak tu dah lama tak update blog dia, dah dekat 2month da, takpe2 nnt kang gua jumpa gua nak sound skit..keh keh keh