Thursday, February 13, 2014

Berfikir

Aku tak pernah berhenti untuk berfikir. Berhenti berfikir bila aku tidur je, dan bende ni juga buat kitaran waktu tidur aku tak betul. Dan sometime kawan2 fikir aku freakie. Aku rasa mereka juga betul, tapi aku takde lah nak kacau kehidupan orang lain. Aku cuma jadi diri aku, salah ke?
Dan waktu-waktu macam ini, waktu yang penuh dengan masalah buat aku sedikit jauh dgn kawan-kawan. Aku cuma mahu sedikit ruang untuk aku berfikir dan buat keputusan yang betul. Keputusan yang buat semua orang gembira. Win win situation. Aku belum bersedia untuk lukakan hati siapa-siapa, even manusia yang aku tak kenal.
Susah, aku tau memang susah. Aku perlu buat keputusan yang banyak kebarangkalian. Maksud aku risiko yang perlu aku ambil. Tapi aku belum jumpa keputusan yang punya kesan minimum. Kesan yang buat manusia lain tidak sedar akan keputusan itu.
Aku masih berfikir dan aku takkan pernah berhenti...