Friday, September 24, 2010

aku dan dunia bawah ku

Dunia Bawah, aku tak tahu kenapa ada insan yang mengelar duniaku dunia bawah..adakah kerana kehidupan aku yang sentiasa di bawah,ataupun secara komedi nya boleh dikaitkan dengan bilik aku yang berada di bawah???

setelah 2 jam 20 minit(mungkin agak lewat) aku mentelaah barulah aku tersedar, apa itu dunia bawah pada aku....

memang,memang aku hidup di dunia bawah kerana aku takut untuk berada dunia atas. bukan gayat,tapi aku takut menjadi orang yang berada diatas, kerana aku tidak layak berada di atas,tidak pernah layak...

aku lahir dari keluarga biasa yang boleh juga dianggap sebagai golongan bawahan,bukan kuli tapi miskin. dari kecil aku sentiasa berada di bawah dari segi apapun, akademik, keturunan, kekuatan, mental, mahupun pemikiran jika dibandingkan dengan orang lain. aku tak kisah semua itu,aku cukup bersyukur dengan apa yang aku ada,semuanya sudah cukup bagi aku.

aku selesa berada di dunia bawah ku,sangat selesa sehingga kadang-kadang aku lupa ada insan lain yang lagi malang dari aku. aku tidak mahu berada di dunia atas kerana aku takut, aku takut akan menjadi lupa diri dan hanyut dengan sikap kesombongan mahupun riak yang sangat-sangat dikeji dalam agama.

aku sangat bersyukur dengan apa yang ada di dunia bawahku...

ps: sekadar luahan jiwa kosong dan pemikiran goblok aku...kalau terasa minta maaf

2 comments: